Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: WHO puji usaha S'pura tangani wabak

Feb 19, 2020 | 9:05 AM
Ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus kagum dengan usaha Singapura menangani wabak koronavirus.
Ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus kagum dengan usaha Singapura menangani wabak koronavirus. - Foto: EPA-EFE

GENEVA: Pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada hari Selasa (18 Februari) memuji usaha Singapura dalam menangani kes-kes koronavirus dan berkata negara lain harus mengikuti contohnya.

Ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata beliau telah bercakap dengan Menteri Kesihatan Singapura Gan Kim Yong pada hari Isnin.

"Kami sangat kagum dengan usaha yang mereka lakukan untuk mencari setiap kes dan kenalan, serta menghentikan penularan," kata Dr Tedros.

"Singapura telah melakukan segala usaha, menguji setiap kes yang seperti selesema dan radang paru-paru, dan setakat ini mereka tidak menemui bukti penularan masyarakat."

Dr Tedros juga telah bercakap dengan Menteri Kesihatan Malaysia untuk membincangkan kes kapal persiaran Westerdam, yang seorang penumpangnya, seorang wanita Amerika Syarikat berusia 83 tahun telah disahkan positif bagi koronavirus semasa tibaan di Malaysia.

Kapal itu telah sebelum itu berlabuh di Kemboja dan penumpang telah dibenarkan untuk melawat negara itu.

Beliau berkata beliau telah membincangkan aspek lain mengenai persiapan Malaysia untuk mengatasi virus itu dengan menteri tersebut. - Reuters

[video:https://youtu.be/IyOE9X6DMRU]

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg