Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Wuhan akan bina 19 lagi hospital sementara

Feb 21, 2020 | 09:38 PM



WUHAN: Wuhan, pusat wabak koronavirus Covid-19, merancang membina 19 lagi hospital sementara untuk menerima lebih ramai pesakit yang dijangkiti, kata pihak berkuasa tempatan pada Jumaat (21 Februari).


Setelah siap dibangunkan, semua hospital sementara di Wuhan dijangka menawarkan 30,000 katil pada 25 Februari, kata Encik Hu Yabo, timbalan datuk bandar Wuhan di satu taklimat akhbar mengenai pencegahan dan kawalan wabak.


Sejauh ini, Wuhan telah mengubah 13 tempat sedia ada menjadi hospital sementara, dengan jumlah 13,348 katil, dan sekitar 9,313 katil telah digunakan untuk merawat pesakit dengan simptom ringan, kata Encik Hu.


Bagi meningkatkan keupayaan rawatan perubatan mereka, setiap hospital sementara akan dibekalkan dengan pengimbas CT dan peralatan perubatan lain termasuk pengawas ECG, tambah Encik Hu.


Jumlah kes yang disahkan di Wuhan mencecah 45,346 pada Khamis.


Di seluruh China, lebih 75,000 orang telah dijangkiti dan 2,236 telah meninggal dunia akibat virus itu. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >