Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Koronavirus: Wuhan tutup hospital sementara sedang jumlah kes baru di China merosot

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Koronavirus: Wuhan tutup hospital sementara sedang jumlah kes baru di China merosot

Mar 02, 2020 | 04:39 PM

BEIJING - Bandar China yang merupakan pusat wabak koronavirus, telah menutup hospital sementara pertamanya, antara 16 hospital yang dibina secara terburu-buru untuk menyekat wabak virus itu, setelah ia membenarkan beberapa pesakit terakhirnya pulang ke rumah, kata media China pada Isnin (2 Mac).

Berita mengenai penutupan hospital itu diumumkan sedang China menyaksikan jumlah kes jangkitan baru di wilayah Hubei dan ibu kotanya, Wuhan merosot secara mendadak.

Namun China tetap berwaspada kerana ramai warga China yang pulang ke rumah kini disahkan positif menghidap virus Covid-19.

Wilayah Hubei, pusat penularan koronavirus itu melaporkan kurang 200 kes jangkitan baru pada kali pertama sejak Januari manakala Hubei melaporkan 196 kes baru pada Ahad (1 Mac) berbanding 570 pada hari sebelumnya, juga jumlah terendah sejak 26 Jan, menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara China. - Reuters.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3