KUALA LUMPUR: Walaupun pasukan pencari berjaya mendapatkan "kotak hitam" MH370 dari dasar Lautan Hindi, pakar berkata ia mungkin tidak dapat menyelesaikan misteri kehilangan pesawat itu.
Pesawat, kapal dan peralatan pengesan canggih sedang mencari sebarang tanda pesawat tersebut, yang menurut Malaysia hilang di Lautan Hindi selepas membelok dari laluan asalnya.