Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

Kotak hitam MH17 ditemui

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Kotak hitam MH17 ditemui

Jul 18, 2014 | 10:29 AM

KUMPULAN pemberontak yang merupakan propemisah Ukraine dilaporkan telah menemui kotak hitam pesawat MH17 yang terhempas.

Namun, kumpulan pemisah yang menyokong Russia itu menghalang pegawai Ukraine dari mengunjungi tapak nahas, lapor siaran berita TV3.

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama menyatakan bahawa nahas pesawat MH17 "adalah satu tragedi yang buruk".

Rumah Putih pula menyatakan, Naib Presiden Amerika Syarikat, Encik Jo Biden, telah berbincang dengan Presiden Ukraine, Encik Petro Poroshenko dan menawarkan bantuan Amerika bagi membantu mengenalpasti apa yang berlaku kepada pesawat Malaysian Airlines yang terhempas itu.

Agensi berita Reuters dalam pada itu melaporkan terdapat sekurang-kurangnya empat warga Perancis yang berada dalam pesawat malang itu.

Selain mereka, terdapat juga sekurang-kurangnya 23 warga Amerika dan kira-kira 35 rakyat Malaysia dalam pesawat tersebut.

Syarikat Malaysian Airlines dijadualkan akan mengadakan sidang akhbar pada 4 pagi ini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3