Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Krematorium diarah dipindahkan demi selamatkan Taj Mahal

Nov 19, 2015 | 01:07 PM



NEW DELHI: Mahkamah Agung India telah mengarahkan pemerintah negeri memindahkan sebuah tempat pembakaran mayat, atau krematorium, menggunakan kayu yang terletak berhampiran Taj Mahal, berikutan kebimbangan asapnya boleh merosakkan makam marmar abad ke-17 itu, lapor media pada Rabu (18 Nov).


Para hakim membuat keputusan itu selepas menerima surat daripada seorang hakim Mahkamah Agung, yang berkata beliau melihat asap dan abu semasa lawatan ke monumen itu baru-baru ini dan bimbang tentang kesan pencemaran udara ke atas struktur marmarnya, menurut akhbar The Guardian.


Penganut Hindu secara tradisi menggunakan kayu di tempat pembakaran mayat.


Mahkamah mencadangkan pihak berkuasa negeri Uttar Pradesh memindahkan krematorium itu atau membina krematorium yang menggunakan elektrik, menurut BBC.


"Ia satu cadangan sangat baik dan saya benar-benar bersetuju dengan surat hakim itu," kata peguam kerajaan negeri, Encik Encik Vijay Singh Bahadur, yang dipetik Indian Express.


Bagaimanapun, kakitangan krematorium itu menafikan tuduhan pencemaran.


"Minyak sapi, kapur barus, pes kayu cendana dan tahi lembu yang digunakan dalam tempat pembakaran sebaliknya membantu memperkaya alam sekitar," kata pengurus krematorium tersebut, Encik Sanjay Singh.


Lebih tiga juta pelancong melawat Taj Mahal di bandar Agra setiap tahun, menurut The Guardian. Kubah dan menaranya, yang bertatahkan batu permata dan ukiran, dianggap sebagai contoh terbaik seni Mughal di India.


Ia diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco pada 1983.


Monumen itu dibina oleh Maharaja Mughal Shah Jahan untuk isterinya, Mumtaz Mahal, yang meninggal dunia semasa melahirkan anak ke-14 mereka.


Seorang pegawai tempatan berkata "sentimen agama" sangat sensitif telah mengkaburi isu berhubung monumen Islam kuno itu.


"Krematorium itu berusia hampir 200 tahun dan tidak mudah menempatkannya semula," kata pesuruhjaya divisyen Agra, Encik Pradeep Bhatnagar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >