Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Krisis jerebu: Indonesia dijangka dedahkan syarikat bertanggungjawab

Dec 15, 2015 | 08:40 AM



JAKARTA: Indonesia dijangka menamakan syarikat bertanggungjawab bagi kebakaran haram yang membawa kepada krisis jerebu rentas sempadan tahun ini.


Lesen perniagaan syarikat-syarikat itu, yang kebanyakannya menjalankan perladangan di tanah konsesi di Sumatera dan Kalimantan, juga akan digantung, sementara keputusan dibuat apakah prosiding undang-undang akan diambil terhadap mereka kerana melanggar undang-undang alam sekitar.


Ini didedahkan pada Isnin (14 Dis) oleh Menteri Penyelaras Indonesia Politik, Undang-Undang dan Hal Ehwal Keselamatan, Encik Luhut Pandjaitan, semasa beliau memberi keterangan dalam prosiding jawatankuasa etika mengenai kes Setya Novanto-Freeport-McMoRan, lapor akhbar The Straits Times.


Kes itu, melibatkan Speaker Dewan Indonesia, Setya Novanto, dituduh cuba mendapatkan sogokan daripada syarikat perlombongan Amerika Syarikat, tidak ada kaitan dengan krisis jerebu.


Walaupun Encik Luhut tidak menamakan syarikat terlibat semasa prosiding terbuka itu, beliau memberitahu akhbar tersebut minggu lalu sekurang-kurangnya dua syarikat itu ada kaitan dengan "sebuah syarikat perladangan kayu pulpa gergasi" di Indonesia.


Seorang pembantu menteri itu kemudian mengesahkan satu pengumuman rasmi akan dibuat pada Khamis oleh polis negara dan Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan semasa satu taklimat media bersama.


Jerebu tahun ini paling teruk dalam rekod, bahkan lebih teruk daripada krisis pada 1997 dan 2013.


Pemerintah Indonesia telah berjanji akan bertindak tegas terhadap syarikat yang disyaki menggunakan teknik tebang dan bakar, yang menyalahi undang-undang, untuk membuka tanah, termasuk tanah gambut yang sangat mudah terbakar dan kaya dengan karbon.


Ia telah berkata lebih 100 syarikat sedang disiasat berkaitan kebakaran hutan di tanah di bawah jagaan mereka.


Pada September, ia membatalkan permit empat syarikat perladangan.


Polis Indonesia juga telah mengenal pasti eksekutif tujuh syarikat berhubung pembakaran hutan terlarang di Sumatera and Kalimantan.


Mereka termasuk seorang eksekutif kanan syarikat Bumi Mekar Hijau, sebuah unit Asia Pulp dan Paper yang berpangkalan di Singapura, iaitu pengeluar pulpa dan kertas terbesar Indonesia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >