Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Krisis kemanusiaan yang terbesar di Eropah

Mar 01, 2022 | 05:30 AM



SUSUK pemuda dan laki-laki yang masih tegap layak berjuang hampir tidak kelihatan.



Hampir kesemua yang tiba di stesen keretapi di bandar tenggara Poland adalah wanita dan kanak-kanak termasuk juga sebilangan orang tua-tua.



Sekitar 400,000 rakyat Ukraine telah menyeberangi sempadan negara-negara Kesatuan Eropah (EU) sejak perang meletus Khamid lalu, menurut kiraan agensi berita AFP.



Risiko perang Russia terhadap Ukraine ini akan mengakibatkan "lebih tujuh juta orang menjadi pelarian" menurut Pesuruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) kelmarin.



"Kita sedang menyaksikan suatu krisis kemanusiaan yang terbesar di benua Eropah, kata Encik Janez Lenarcic dalam satu sidang media selepas mesyuarat para menteri dalam negeri EU khusus bagi menangani kebanjiran pelarian dari Ukraine.



Agensi-agensi berita yang lain turut melaporkan, pada pagi Sabtu lalu beberapa orang pegawai pemerintah Poland memberitahu bahawa sejak serangan Russia dilancarkan ke atas Ukraine pada Khamis lalu, sekitar 100,000 orang telah menyeberang masuk ke sempadan Poland.



Selang beberapa jam saja ulasan itu dibuat, jumlahnya sudah mencapai 115,000 orang.



Sebuah kawasan meletak kereta yang luas berhampiran stesen keretapi Przemysl menjadi medan pertemuan yang diselubungi kegembiraan, diiringi tangisan dan tawa orang-orang pelarian itu setelah dapat bertemu sahabat, saudara mara dan orang-orang yang disayangi mereka yang datang dari pelbagai daerah di Poland.



Ada juga yang datang dari Denmark, Italy dan Jerman.



Makanan dan minuman turut disediakan. Deretan kenderaan menunggu untuk membawa pelarian Ukraine yang mereka kenal atau mungkin juga saudara mara mereka, ke penginapan masing-masing.



Mereka yang tidak mempunyai kenalan, khemah-khemah sementara sudah disediakan.



Walaupun keadaan agak kecoh sedikit tetapi teratur dan aman.



Apa yang sedang berlaku di situ menyentuh perasaan tetapi apabila mengenangkan tentang nasib orang-orang pelarian mangsa peperangan di rantau lain, suasana di kota tenggara Poland itu turut menghiris perasaan dan amat menyedihkan,



Akhbar New York Times (NYT) memetik seorang warga Amerika Syarikat asal Syria, Cik Rana Khoury, penyelidik yang khusus membuat kajian tentang peperangan dan pelarian di Universiti Princeton sebagai berkata:



"Saya juga telah menyaksikan bagaimana negara-negara lain (di Eropah) yang sama, mengenakan pelbagai halangan terhadap pelarian konflik di Timur Tengah untuk membuka sempadan mereka berbanding dengan apa yang mereka beri kepada pelarian Ukraine."



Pada November tahun lalu, pasukan keselamatan Poland dilaporkan menggunakan belantan memukul pendatang-pendatang dari Timur Tengah dan Afghanistan yang sedang cuba menyeberang masuk sempadan negeri itu.



Sedangkan negara-negara jiran Eropah dengan mudahnya membuka sempadan mereka untuk menerima puluhan ribu rakyat Ukraine, ulas beberapa pihak melalui media sosial untuk menyuarakan tentang bagaimana pelarian dari Timur Tengah menerima layanan yang kasar.



Dari sebuah rantau yang sudah lumat dek peperangan yang tidak henti-henti, mereka melihat perkembangan ini dengan penuh kekecewaan.



Mereka menyaksikan bagaimana negara-negara Eropah begitu ramah dan bersikap terbuka terhadap pelarian Ukraine berbanding dengan nasib yang diterima oleh pendatang-pendatang Arab dan dari Timur Tengah.



Mereka ini, sebahagian besarnya beragama Islam bersusah payah untuk selamat sampai ke Eropah.



Kota-kota mereka di Syria dan Iraq, Libya dan Yemen hancur musnah gara-gara kuasa Barat yang kononnya ingin menyelamatkan mereka.



Sayangnya, setelah negara mereka musnah, kuasa-kuasa Barat dilihat sebagai mengelak daripada tanggungjawab mereka dan malah tidak wajar dalam menangani masalah pelarian dari rantau ini.



Cik Khoury juga dipetik sebagai berkata walaupun beliau akui dan menghargai budi bicara beberapa negara Eropah seperti Jerman menerima pendatang-pendatang Timur Tengah, namun beliau masih dapat melihat dengan jelas adanya pertimbangan yang berat sebelah.



Terdapat semacam anggapan bahawa kekacauan, keganasan dan perselisihan di Timur Tengah adalah suatu hal biasa, tidak seperti di Eropah.



Lebih 5.6 juta pelarian masih lagi kekal di Timur Tengah, kebanyakannya di Turkey, Lebanon dan Jordan.



Mereka yang telah dapat sampai ke Eropah kebanyakannya telah melalui banyak kesulitan dan ada yang menyeberangi laut Mediterranean menempuh badai bergadai nyawa hingga ada yang mati lemas.



Sepanjang 10 tahun peperangan di Syria, Amerika Syarikat telah menerima sekitar 22,000 pelarian negeri itu.



Pada Sabtu lalu, sebuah video klip menunjukkan perbandingan pemandangan pelarian peperangan Ukraine dan dua buah negara Islam.



Dalam memberikan gambaran terhadap nasib puluhan ribu pelarian Ukraine, seorang wartawan CBS dipetik sebagai berkata tidak sama keadaannya dengan yang di Iraq atau Afghanistan yang mengalami konflik berpuluh tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >