Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kritik Nasi Lemak: Warga Britain kini kata nasi lemak 'sedap'

Jan 21, 2020 | 05:10 PM



Seorang wartawan Britain yang menerima tamparan dari negara-negara rantau ini seperti Singapura dan Malaysia kerana mengkritik nasi lemak yang beliau makan di pesawat British Airways, telah mencuba nasi lemak sebenar di London.



Dalam twitternya, Cik Katie Mollie telah mencuba nasi lemak di restoran Malaysia, Zheng's di Chelsea London.



"Anda betul! Ia amat sedap. Tidak sama dengan nasi lemak di British Airways,'' kata wartawan dari The Telegraph itu.



Sebelum ini, beliau memberikan markah sifar dari 10 setelah mencuba nasi lemak itu dalam pesawat dan mengadu bahawa ikan bilisnya berbau dan telurnya nampak 'tidak segar'.



Orang Singapura dan Malaysia tidak dapat menerima apabila beliau mengkritik makanan tradisional itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >