KUALA LUMPUR: Ribuan penduduk Malaysia berbaju kuning yang menuntut peletakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sekali lagi berkumpul di Kuala Lumpur, sehari selepas ribuan orang melumpuhkan ibu kota Malaysia itu dengan mengadakan tunjuk perasaan secara aman.
Perhimpunan Bersih 4.0, yang merupakan antara tunjuk perasaan terbesar di negara itu, berlangsung secara aman walaupun ia diisytiharkan terlarang oleh kerajaan Malaysia yang turut menghalang akses ke laman web penganjur dan melarang pemakaian baju kuning dengan logo Bersih.