Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Kuasa utama bertemu bagi pulihkan rundingan damai Israel-Palestin

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Kuasa utama bertemu bagi pulihkan rundingan damai Israel-Palestin

Jun 03, 2016 | 02:50 PM

PARIS: Perancis mengadakan pertemuan menteri luar kuasa-kuasa besar pada Jumaat (3 Jun) untuk meletak semula proses damai Israel-Palestin dalam agenda antarabangsa dan mencari titik persamaan yang cukup untuk membawa dua pihak itu kembali ke meja rundingan menjelang akhir tahun ini.

Setelah usaha Amerika Syarikat menghasilkan perjanjian bagi sebuah negara Palestin di Israel menjadi beku selama dua tahun dan Washington memberi tumpuan pada pilihan raya presiden November ini, Perancis telah melobi pemain utama untuk mengadakan sidang yang bertujuan memecahkan sikap acuh tak acuh terhadap kebuntuan itu dan mendorong momentum diplomatik baru.

Perancis kecewa tiada pergerakkan ke arah "huraian dua negara" itu sejak kegagalan pusingan terakhir rundingan pada April 2014, dengan berhujah bahawa membiarkan status itu kekal ibarat "menunggu keadaan sedia ada meledak".

"Kami tahu kita tidak akan dapat membuat Israel dan Palestin berdamai dengan segera, tetapi kami mahu mewujudkan keadaan sesuai bagi membawa kedua-dua pihak itu ke meja rundingan," kata seorang diplomat kanan Perancis.

Pertemuan menteri di Paris itu termasuk Kuartet Timur Tengah - yang terdiri daripada Amerika, Russia, Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) - dan juga Liga Arab, Majlis Keselamatan PBB serta kira-kira 20 negara.

Israel atau Palestin tidak dijemput.

Mesyuarat tersebut, pertemuan antarabangsa pertama mengenai isu tersebut sejak di Annapolis di Amerika pada 2007, tidak akan menyentuh sembarang jurang teras kronik antara dua pihak itu.

Fokus awalnya ialah mengesahkan teks antarabangsa sedia ada dan resolusi yang berdasarkan pembentukan negara Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang wujud bersama Israel, satu hasil yang ada pihak berkata semakin menjadi tidak realistik.

Pertemuan Paris itu akan cuba membentuk kumpulan kerja terdiri daripada pelbagai negara yang akan bertemu dalam bulan-bulan akan datang dan menangani semua aspek proses damai.

Beberapa kumpulan akan berusaha mewujudkan insentif ekonomi dan jaminan keselamatan bagi meyakinkan kedua-dua pihak agar kembali ke meja rundingan.

Yang lain akan memberi tumpuan pada usaha mencari cara bagi memecahkan kebuntuan yang merosakkan rundingan sebelum ini atau melihat apakah usaha damai lain, seperti inisiatif 2002 Arab, kekal berdaya maju. - Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3