Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kumpulan Al-Qaeda keluarkan video rahib Switzerland diculik

Jan 27, 2016 | 11:54 AM



DAKAR: Kumpulan Al-Qaeda di Maghreb Islam (Aqim) telah mengeluarkan sebuah video seorang rahib Switzerland yang diculik di utara Mali hampir tiga minggu lalu, menurut SITE Intelligence Group, pertubuhan yang menjejak kegiatan dalam talian kumpulan pengganas.


Video itu, yang menggariskan syarat-syarat bagi pembebasan Cik Beatrice Stockly, yang berpangkalan di Timbuktu, penunjuk terkini tentang keselamatan yang semakin merosot di utara Mali hanya beberapa bulan selepas perjanjian damai ditandatangani.


Cik Stockley, yang pernah diculik pada 2012, muncul memakai vel dan berkata klip dirakam pada 19 Januari, dalam video lapan minit itu, yang tidak dapat disahkan secara bebas.


Video itu menggariskan tuntutan Aqim bagi pembebasan beliau, yang termasuk membebaskan anggota kumpulan tersebut yang dipenjara oleh kerajaan Mali dan seorang tahanan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, Ahmad Al FAQi Al Mahdi.


Utara Mali yang luas menjadi tidak stabil sejak 2012, apabila pemberontak pemisah dan militan merampas kawasan itu.


Walaupun tentera Perancis mengusir mereka dari bandar-bandar pada tahun berikutnya, mereka telah meningkatkan serangan sejak beberapa bulan kebelakangan.


Aqim mengaku bertanggungjawab bagi sebuah serangan November lalu di sebuah hotel di Bamako, di mana lelaki bersenjata mengambil tebusan dan membunuh 20, dan serangan pada 15 Januari di sebuah hotel dan restoran di Burkina Faso di mana penyerang bersenjata mengambil tebusan dan membunuh 30 orang. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >