KUALA LUMPUR: Satu video provokasi oleh sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka Anak Muda Malaysia mengugut akan mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah dengan menyerang mahkamah pada 11.30 malam esok mula tersebar dan menjadi viral di media sosial.
Kumpulan tersebut membuat ancaman melalui rakaman selama 1:01 minit yang dimuat naik melalui YouTube semalam.