Kumpulan bertopeng letupkan ATM di Melaka

AYER KEROH: Sekumpulan perompak meletupkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Ayer Keroh Heights, dekat sini, kira-kira 2.10 pagi semalam.

Penjenayah yang dipercayai lebih daripada tiga orang dan memakai topeng muka menggunakan bahan letupan buatan sendiri, sebelum melarikan wang daripada ATM terbabit menaiki sebuah kereta Mercedes Benz, lapor Berita Harian Online semalam.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan