Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kumpulan kejiranan Myanmar cegah tentera tangkap aktivis

Feb 14, 2021 | 05:30 AM



YANGON: Penentangan terhadap rejim tentera Myanmar semakin meningkat, semalam, dengan kumpulan pengawal kejiranan turut digerak untuk menggagalkan penangkapan aktivis yang membantah rampasan kuasa.



Protes di Myanmar memasuki hari kesebelas, susulan rampasan kuasa yang dilakukan oleh junta tentera negara itu awal bulan ini. Penunjuk perasaan berkumpul di pusat Hledan di bandar terbesar Myanmar, Yangon, walaupun negara itu mengharamkan perhimpunan ramai akibat pandemik Covid-19.



Rampasan kuasa oleh tentera Myanmar, minggu lalu, mencetuskan kemarahan serta tunjuk perasaan secara besar-besaran sehingga melumpuhkan kawasan bandar.



Selepas menahan Aung San Suu Kyi dan sekutu rapatnya, pihak tentera meningkatkan tangkapan ke atas kakitangan awam, doktor serta penunjuk perasaan lain yang menuntut junta melepaskan kuasa.



Namun, orang ramai terus melanggar arahan darurat dan membanjiri jalanan, hanya beberapa jam selepas tunjuk perasaan memasuki hari ketujuh berturut-turut, susulan khabar angin bahawa polis sedang bersiap sedia untuk melancarkan penangkapan baharu.



Malah, sekumpulan orang menyerbu sebuah hospital di Pathein selepas mendapat maklumat yang mendakwa seorang doktor tempatan popular bakal ditahan.



"Jika saya berdepan masalah, saya akan meminta pertolongan anda," kata Dr Than Min Htut kepada kumpulan itu yang datang untuk membantunya.



Bercakap kepada AFP, semalam, beliau mengesahkan dirinya masih bebas dan akan terus menyertai kempen menentang pemerintahan tentera.



Dalam pada itu, penduduk di Yangon turut menubuhkan kumpulan pengawal kejiranan yang bertindak memberi amaran berhubung berita penangkapan oleh pihak berkuasa.



Mereka akan mengetuk periuk dan kuali sebagai isyarat untuk orang ramai berkumpul di luar bangunan.



"Kami tidak tahu siapa yang akan ditahan. Namun apabila mendengar bunyi berkenaan, kami keluar menyertai penduduk untuk berkumpul.



"Malah jika ditembak sekalipun, kami tidak takut," kata penjaga stor di utara Yangon, Tin Zar, kepada AFP.



Sementara itu, rampasan kuasa oleh tentera turut menyebabkan masyarakat etnik Rohingya diselubungi kebimbangan akan ancaman keganasan terhadap mereka.



Mereka masih dihantui tindakan keras pihak tentera pada 2017 yang memusnahkan seluruh perkampungan, sekali gus menyebabkan kira-kira 750,000 orang Rohingya terpaksa melarikan diri ke Bangladesh.



"Ketika bawah kerajaan demokrasi, kami ada sedikit harapan untuk pulang semula ke kampung halaman.



"Namun kini, sudah pasti kami tidak boleh pulang," kata seorang etnik Rohingya enggan dikenali yang berlindung di khemah pelarian berhampiran Sittwe.



Begitupun, pelarian Rohingya di Bangladesh tidak ketinggalan menghantar mesej sokongan, termasuk melalui media sosial, kepada penunjuk perasaan untuk membantah rampasan kuasa di Myanmar. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >