Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kumpulan sayap kanan Jerman rancang tiru serangan masjid di Christchurch

Feb 17, 2020 | 11:13 AM



BERLIN: Anggota sebuah kumpulan sayap kanan yang ditangkap di Jerman sebagai sebahagian daripada siasatan antipengganasan didapati sedang merancang serangan besar-besaran terhadap masjid, seperti yang berlaku di New Zealand tahun lalu, menurut media tempatan.



Sekumpulan 12 orang yang ditangkap Jumaat lalu (14 Feb) itu merancang melancarkan serangan di masjid semasa jemaah sedang solat, menurut majalah Der Spiegel dan akhbar Bild.



Mereka merancang meniru serangan di Christchurch, New Zealand, yang mengorbankan 51 orang di dua masjid dan ingin menggunakan senjata separuh automatik.



Pemimpin kumpulan itu difahamkan telah membentangkan rancangannya dalam satu pertemuan dengan rakan subahatnya minggu lalu.



Pihak berkuasa di Jerman kini menumpukan lebih perhatian kepada anggota kumpulan sayap kanan di negara itu sejak kes bunuh ahli politik konservatif negara itu, Encik Walter Luebcke, Jun lalu dan satu serangan di sebuah saumaah di Halle Oktober lalu. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >