JAKARTA: Sebuah kumpulan sokongan politik yang 'mengaitkan' dirinya dengan Gabenor Jakarta, Encik Basuki 'Ahok' Tjahaja Purnama, telah meminta maaf kerana mengancam akan mengadakan bantahan di Kedutaan Singapura di Jakarta disebabkan kononnya "penahanan" dua anggotanya di Singapura.
"Kami meminta maaf kepada semua rakan kami yang berasa kecewa dengan kenyataan-kenyataan kami," kata Encik Singgih Widyastomo, jurucakap kumpulan itu, Teman Ahok, dalam satu sidang media pada lewat malam kelmarin.