Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kurang pekerja sektor kesihatan, prasarana lemah antara sebab hambat usaha vaksinasi Indonesia

Sep 27, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Masalah kekurangan pekerja penjagaan kesihatan dan kelemahan prasarana serta logistik kini menghambat usaha Indonesia untuk memberikan vaksin Covid-19 kepada rakyatnya, sekali gus menjadikan negara tersebut ketinggalan di belakang banyak jiran-jirannya di Asia Tenggara meskipun Indonesia merupakan antara yang pertama memulakan program imunisasi kebangsaannya.



Sehingga kini, hanya sekitar 18 peratus daripada 270 juta penduduk negara itu telah divaksin sepenuhnya, jauh ketinggalan lain-lain ekonomi utama rantau tersebut.



Sekitar 32 peratus telah menerima satu suntikan vaksin.



"Bekalan di peringkat kebangsaan bukan lagi satu isu, tapi memberikan vaksin itu kepada penduduk kini adalah satu isu besar," kata pakar epodemiologi Universiti Griffith, Dr Dicky Budiman, yang membantu pemerintah Indonesia memperbaiki program vaksinasinya.



"Di Jawa Timur sekalipun, di mana stok vaksin adalah tinggi, namun pusat-pusat vaksinasi tidak mencukupi dan juga tidak cukup pegawai perubatan yang dilatih untuk melakukan vaksinasi," tambah beliau.



Kemajuan program vaksinasinya yang menghampakan itu meletakkan risiko kepada usaha Indonesia untuk mengawal pandemik tersebut dan memelihara ekonomi yang semakin tertekan.



Penularan baru yang disebabkan oleh varian Delta memaksa pemerintah memperkenalkan semula sekatan-sekatan pergerakan yang ketat, dengan sekatan itu membantu mengurangkan kadar kematian mingguan kepada terendah sejak April. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >