SEOUL: Samsung Electronics, pembuat telefon pintar terbesar dunia, mencatatkan peningkatan keuntungan bersih 13.4 peratus bagi suku pertama tahun ini dengan dibantu pengenalan edisi barunya, Galaxy S7, di pasaran.
Pendapatan bersih bagi tempoh Januari-Mac mencatatkan 5.25 trilion won ($6.2 bilion), melonjak daripada 4.63 trilion won pada tempoh suku pertama tahun lalu.