Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ladang terpilih di M’sia boleh eksport ayam semula mulai Okt

Aug 30, 2022 | 03:35 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia akan menarik balik pengharaman eksport ayam mulai Oktober, namun hanya beberapa ladang ayam akan diberi permit mengeksport agar tidak menjejas bekalan bagi keperluan domestik.


Pengerusi pasukan bertindak antiinflasi, Tan Sri Annuar Musa, pada Isnin (29 Ogos)  berkata kerajaan telah mengizinkan permohonan pemain industri tempatan dan antarabangsa untuk membenarkan eksport memandangkan terdapat lebihan bekalan ayam yang stabil di Malaysia itu sejak beberapa bulan lalu.


“Kabinet telah membincangkannya dan memutuskan bahawa keutamaan mesti terus diberi kepada penggunaan domestik dahulu, meskipun terdapat bekalan berlebihan sedikit. Ini dapat membantu mengurangkan harga sedikit bagi penduduk tempatan.


“Namun memandangkan kita ada kapasiti untuk mengeksport, dan selepas membuat semua pertimbangan, diputuskan bahawa kita benarkan hanya ladang tertentu menternak bagi tujuan mengeksport,” katanya, lapor akhbar The Straits Times.


Mereka perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pertanian dan Industri Pemakanan terlebih dahulu sebelum mereka boleh mula mengeksport, tambahnya, tanpa menjelaskan jumlah boleh dijual ke luar negara.


Malaysia mengenakan pengharaman eksport ayam sejak 1 Jun menyusuli kekurangan bekalan ayam di pasaran tempatan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >