Lalu lintas sesak ‘selamatkan’ nyawa seorang penumpang, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:33
Maghrib
7:16
Isyak
8:29
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Lalu lintas sesak ‘selamatkan’ nyawa seorang penumpang

Oct 30, 2018 | 05:46 PM

Kesesakan lalu lintas telah menyelamatkan seorang bakal penumpang pesawat Lion Air JT 610, Encik Sony Setiawan, daripada menjadi mangsa.

Bercakap kepada media tempatan, Encik Sony, seorang pegawai di Kementerian Kewangan Pulau Belitung, menangis apabila mendengar tentang nasib enam rakannya yang dipercayai maut.

Beliau, yang tinggal di Bandung, pergi ke sana setiap minggu dan menaiki pesawat Lion Air JT 610 pada setiap Isnin di Lapa
ngan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 6.10 pagi.

“Biasanya saya bertolak dari Bandung pada 11 malam dan tiba di terminal 1B, Jakarta, pada 3 pagi. 

“Tetapi kerana kesesakan lalu lintas agak teruk di Tol Jakarta-Cikampek, saya sampai ke lapangan terbang pada 6.20 pagi dan pesawat sudah pun berlepas,” cerita Encik Sony kepada AFP.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Beliau cuma terlewat 10 minit tetapi tempoh itu menyelamatkannya.
 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map