Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Laluan kereta api lapangan terbang Jakarta dibuka

Dec 30, 2017 | 05:44 PM



JAKARTA:  Setelah dirancang dan  dibincangkan  bertahun-tahun, laluan kereta api lapangan terbang   Jakarta akhirnya dibuka.



Kereta api itu menghubungkan pusat bandaraya Jakarta ke lapangan terbang utama Indonesia, Soekarno-Hatta, lebih  30km di   barat, dan bertujuan mengelakkan   pelawat daripada kesesakan lalu lintas yang terkenal di ibu kota ini.



Perkhidmatan baru itu, yang mengambil masa 55 minit, terbukti popular bukan dalam kalangan  pelancong sahaja, bahkan penduduk tempatan.



Sekurang-kurangnya separuh daripada penumpang yang menggunakan perkhidmatan kereta api baru itu pada  Khamis (28 Dis), semasa tempoh percubaan  dari 26 Dis hingga 1 Jan, adalah kumpulan yang mencuba perkhidmatan tersebut.



 Mereka menghabiskan masa di kafe atau restoran di dewan berlepas lapangan terbang tersebut sebelum menuju ke pusat bandar semula.



Seorang penumpang, Encik Edi Sitorus, 63 tahun, antara lain    mendapati ia  “selesa dan bergerak tepat mengikut jadualnya”, lapor akhbar The Straits Times dalam talian.



Namun, pada beliau tambangnya – 70,000 rupiah ($7) –  tinggi berbanding  40,000 rupiah yang dikenakan oleh perkhidmatan bas lapangan terbang, yang membolehkan penumpang  memilih untuk turun di banyak tempat  di seluruh Jakarta.



Kereta api lapangan terbang itu, yang dipanggil Railink, mempunyai tandas  cantik  dan rapi seperti  di dalam pesawat, kata Encik Reynald, 28 tahun, seorang pelajar kolej dan pekerja sambilan Hotel  Mandarin  Jakarta.



Beliau  mencuba perkhidmatan kereta api itu bersama  ibu dan dua ibu saudaranya.



“Proses  mendapatkan tiket cepat dan licin. Kami menggunakan salah satu mesin layan diri,” katanya, lapor akhbar itu.



Di mesin layan diri, penumpang boleh memilih nama stesen destinasi mereka  dengan menekan lokasinya pada  peta.



Bagaimanapun  buat masa ini, Railink hanya berhenti di lapangan terbang, di stesen Sudirman Baru  di tengah  Jakarta, dan di dua stesen lain, Duri dan Batu Ceper, yang lebih dekat dengan lapangan terbang itu.



 Perkhidmatan ini akan dilanjutkan ke stesen Manggarai di Jakarta Selatan pada  2019.



Penumpang juga boleh membeli tiket melalui aplikasi telefon mudah alih Railink yang boleh dimuat turun di Play Store  Android atau iOS’App Store.



Mulai  2 Jan, Railink akan mempunyai  82 perjalanan  setiap hari. Kereta api itu disambungkan ke Skytrain yang membawa penumpang ke semua terminal – 1, 2 dan 3 –  lapangan terbang.



 Presiden Joko Widodo akan merasmikan  Railink awal tahun depan.



Bas pengantara   juga memulakan operasi   Khamis lalu, menghubungkan stesen Sudirman Baru ke beberapa tempat di bandar, termasuk Gambir, stesen kereta api antara bandar utama di Jakarta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >