Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Laluan penuh emosi Biden dari Delaware ke Washington

Jan 21, 2021 | 05:30 AM



NEWCASTLE (Amerika Syarikat): Sambil mengesat air mata, Bakal Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dengan emosi mengucapkan selamat tinggal kepada negeri asalnya Delaware semalam (waktu tempatan), sebelum menuju ke Washington bagi majlis pelantikan beliau.



"Saya amat terharu bahawa perjalanan kami ke Washington bermula di sini," kata Encik Biden setelah menggosok salah satu matanya semasa memberi ucapan kepada puluhan tetamu di sebuah markas Pengawal Nasional yang diberi nama sempena mendiang anaknya, Beau, sebagai satu penghormatan.



"Saya hanya ada satu rasa kesal, beliau tiada di sini," katanya, merujuk kepada Beau, yang meninggal dunia akibat barah pada 2015.



"Kerana kita seharusnya memperkenalkannya sebagai presiden."



Encik Biden bakal mengangkat sumpah sebagai presiden Amerika Syarikat ke-46, menggantikan Encik Donald Trump, yang dalam penggal empat tahunnya sebagai presiden telah menjadikan rakyat Amerika berpecah belah.



Anggota Demokrat berusia 78 tahun itu juga berucap mengenai hakikat beliau juga akan mati - satu tindakan di luar kebiasaan, memandangkan beliau akan menerajui negara paling berkuasa di dunia.



"Maafkan kerana saya beremosi," katanya, sambil cuba mententeramkan dirinya.



"Tetapi apabila saya mati, Delaware akan terpahat pada hati saya."



Encik Biden juga bercakap mengenai pilihan raya presiden yang mencipta sejarah - tentang betapa Cik Kamala Harris, seorang wanita kulit hitam keturunan Asia Selatan, akan dilantik sebagai naib presiden selepas 12 tahun beliau sendiri mebnjadi naib presiden Encik Barack Obama, presiden kulit hitam pertama negara itu.



"Jangan beritahu saya perkara tidak boleh berubah. Ia boleh, dan ia boleh dilakukan," kata Encik Biden.



"Itulah Amerika. Itulah Delaware."



Sementara itu, banyak isu dan tanggungjawab perlu dipikul dan ditangani Encik Biden selepas mengangkat sumpah sebagai presiden.



Antaranya ialah krisis kesihatan dek Covid-19, ekonomi yang terjejas teruk oleh pandemik itu, dan isu perkauman serta perpecahan rakyat Amerika.



Pensyarah komunikasi daripada Universiti Negeri Pennsylvania, Profesor Mary Stuckey, berkata Encik Biden perlu berdepan sejumlah krisis serius, termasuk penularan Covid-19, yang telah meragut nyawa 400,000 penduduk negara itu.



Pakar sejarah daripada Universiti Kansas, Profesor David Farber, berkata isu berkaitan vaksin Covid-19 yang dianggap dalam keadaan kacau-bilau ialah "isu teras yang perlu diberi tumpuan".



Encik Biden sudah menyenaraikan pelbagai rancangan untuk membendung pandemik itu, termasuk memperluas ujian saringan dan pengesanan kontak rapat serta vaksinasi bagi 100 juta penduduk Amerika, dalam tempoh 100 hari pentadbirannya.



Krisis kesihatan yang sedang berlaku ternyata memberi cabaran baru buat beliau memandangkan tidak ramai presiden pernah mengendalikan situasi kesihatan yang hingga menjejas teruk ekonomi.



Baru-baru ini, Encik Biden membentangkan pakej bantuan berjumlah AS$1.9 trilion ($2.52 trilion), yang dianggap pelan pemulihan paling besar bagi menyelamatkan ekonomi Amerika.



Ini termasuk AS$400 bilion untuk memerangi Covid-19 dan AS$400 bilion untuk perniagaan kecil dan lain-lain yang terjejas akibat pandemik itu. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >