Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS lancar serangan dron atas perancang ISIS-K

Aug 29, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat telah menjalankan serangan dron terhadap 'perancang' Khilafah Islam Khorasan (ISIS-K), yang merupakan sekutu ISIS cabang Afghanistan yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan pengebom berani mati di lapangan terbang Kabul Khamis lalu.



Ini sedang pakar keselamatan nasional Amerika Syarikat juga memberi amaran kemungkinan berlaku lagi serangan dan beberapa hari mendatang adalah tempoh yang sangat merbahaya.



"Serangan udara tanpa manusia itu berlaku di wilayah Nangarhar Afghanistan. Petunjuk awal menunjukkan kita menepati sasaran,'' kata Kapten Bill Urban dari Central Command.



"Tidak ada korban jiwa dalam kalangan penduduk," tambahnya, dalam satu kenyataan yang mengumumkan serangan AS itu semalam.



Serangan itu, yang dilancarkan dari luar Afghanistan, berlaku ketika usaha pemindahan penduduk, sekutu dan warga AS keluar dari Afghanistan terus dijalankan di sebalik keselamatan yang ditingkatkan menyusuli serangan militan ISIS Khamis lalu.



Sekurang-kurangnya 78 orang terbunuh, termasuk 13 tentera AS, ketika pengebom meletupkan bom di hadapan pintu masuk Abbey di lapangan terbang itu.



Beberapa media melaporkan bilangan yang terkorban hampir 200 orang. Pegawai AS menyatakan bahawa beberapa lelaki bersenjata melepaskan tembakan setelah letupan itu, yang menyebabkan pembunuhan beramai-ramai itu.



Menyusuli serangan itu, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berikrar mahu ambil tindak-balas.



"Kepada mereka yang melakukan serangan itu dan juga sesiapa sahaja yang ingin menghancurkan Amerika, ketahuilah: Kami tidak akan memaafkan mereka. Kami tidak akan lupa. Kami akan memburu anda dan membuat anda tanggung akibatnya,'' kata Encik Biden.



Sementara itu, Setiausaha Akhbar kepada Presiden Joe Biden, Jen Psaki berkata pakar keselamatan nasional Amerika memberi amaran kemungkinan akan berlaku lagi serangan.



Ia mengulangi kenyataan jurucakap Pentagon John Kirby sebelum ini yang menyatakan pihak tentera percaya kumpulan ISIS itu merancang untuk menyerang kawasan lapangan terbang itu lagi.



"Kami masih percaya ada ancaman yang boleh dipercayai...ancaman yang khusus dan boleh dipercayai," katanya.



Kedutaan Amerika di Kabul menyatakan warga Amerika yang berada di pintu Abbey, gerbang Timur, gerbang Utara atau gerbang Kementerian Dalam Negeri yang baru, supaya beredar segera.



"Oleh kerana ancaman keamanan di bandara Kabul, kami terus menasihati warga Amerika agar tidak melakukan perjalanan ke lapangan terbang dan menghindari pintu masuk di lapangan terbang itu," kata kedutaan itu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >