AS lancar serangan udara terhadap IS di Syria dari Turkey

ANKARA: Jet pejuang Amerika Syarikat mula melancarkan serangan udara terhadap sasaran militan Negara Islam (IS) di Syria dari pangkalan udara Incirlik, Turkey.

Serangan itu menandakan kempen serangan terbaru terhadap militan IS daripada pangkalan di Turkey selepas persetujuan dicapai dengan pemerintah negara itu bulan lalu, sekali gus membolehkan serangan dibuat menggunakan pesawat kendalian juruterbang berbanding pergantungan kepada dron sebelum ini.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun