Topik diikuti
Pergi ke BHkuAS lancar strategi perkasa masyarakat cegah pengganasan
Langkah pastikan mesej anti pengganasan lebih lantang daripada kumpulan pengganas

PERANGAI PENGGANASAN: Strategi menyeluruh Amerika menangani pengganasan juga melibatkan usaha menyampaikan mesej yang lebih strategik agar ia dapat mengatasi mesej-mesej yang berpengaruh dari kumpulan-kumpulan pengganasan, kata Encik Irfan (tengah, bertali leher). - Foto PUAD IBRAHIM
Aug 26, 2016 | 5:30 AM
AS lancar strategi perkasa masyarakat cegah pengganasan
DARI WASHINGTON DC: JIKA dahulu cara menyertai kegiatan pengganasan memerlukan seseorang mendapatkan maklumat secara langsung dan peribadi daripada orang-orang yang terlibat dengannya, tetapi kini untuk menyertainya semudah satu dua klik menerusi aplikasi bergerak.
Justeru, bagi menangani trend semudah itu, Amerika Syarikat baru-baru ini telah melancarkan strategi lima pendekatan yang memperkasa masyarakat bagi mencegahnya sebelum pengganasan berlaku.