Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Langgar protokol Covid-19 Indonesia: Mantan pemimpin Front Pembela Islam, Rizieq Shihab, dipenjara 8 bulan, didenda 20 juta rupiah

May 27, 2021 | 08:21 PM



JAKARTA: Mahkamah Pengadilan Negeri Jakarta Timur menjatuhkan hukuman penjara  lapan bulan dan denda 20 juta rupiah ($1,840) kepada mantan pemimpin agama Front Pembela Islam (FPI), Rizieq Shihab, kerana melanggar sekatan peraturan koronavirus.



Kesalahan itu dilakukan tahun lalu apabila dia mengadakan majlis keramaian sambutan Maulidur Rasul dan perkahwinan anak perempuannya.



Dia awalnya didakwa menghasut orang ramai melanggar sekatan Covid-19 dengan mengadakan perhimpunan besar-besaran itu tetapi dibebaskan daripada tuduhan itu.



Menurut agensi berita, perbicaraan ke atas Rizieq distrim secara langsung dari mahkamah. Dia memakai jubah dan sarban putih serta pelitup di samping memegang tasbih dalam sesi perbicaraan itu.



Hakim Suparman Nyompa membacakan hukuman ke atasnya.



Sekitar 3,000 pegawai polis dikerahkan bagi melindungi mahkamah tersebut sebelum keputusan diputuskan. Bagaimanapun, tiada tunjuk perasaan besar-besaran berlaku dalam kalangan penyokongnya.



Rizieq kembali ke Indonesia pada November 2020 selepas tiga tahun berada di Arab Saudi. Dia melarikan diri ke sana sewaktu berdepan dengan tuduhan pornografi dan mengecam ideologi Indonesia. Kedua-dua tuduhan kemudian digugurkan. - Reuters



 





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >