Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Langgar sekatan Covid-19: Ulama Indonesia dihukum penjara lapan bulan, denda

May 29, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Ulama Indonesia Rizieq Shihab dihukum penjara lapan bulan dan didenda 20 juta rupiah ($1,840) kerana melanggar peraturan sekatan Covid-19, selepas kembali ke tanah airnya tahun lalu setelah sendiri membuang diri ke Arab Saudi selama beberapa tahun.



Antara kesalahannya ialah menyampaikan syarahan dan mengadakan perhimpunan, melibatkan puluhan ribu peserta hingga melanggar sekatan koronavirus itu.



Sebelum ini pemerintah Indonesia mengharamkan Pergerakan Pertahanan Islam (FPI) yang diketuainya, berikutan insiden berbalas tembakan antara pengikutnya dan polis.



Kelmarin, Mahkamah Daerah Jakarta Timur mengenakan hukuman penjara terhadap Rizieq kerana menggesa penyokongnya menghadiri ceramah, menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad saw dan mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya.



Kesemua majlis itu menyebabkan perhimpunan beramai-ramai sedang Indonesia dilanda gelombang jangkitan Covid-19.



Pasukan peguam belanya mendakwa kes-kes itu bermotifk politik dan merupakan sebahagian usaha cuba menutup mulut ulama itu, yang mempunyai ramai pengikut.



FPI agak berpengaruh secara politik di Indonesia dalam beberapa tahun lalu, dan antara beberapa kumpulan Islam yang mengadakan bantahan besar-besaran pada 2016 untuk menjatuhkan gabenor Kristian Jakarta ketika itu atas tuduhan tidak menghormati Islam.



Ketika menyampaikan keputusan mahkamah, Hakim Suparman Nyompa berkata Rizieq didapati bersalah bagi pertuduhan melanggar protokol kesihatan.



Menurutnya, Rizieq turut dikenakan denda 20 juta rupiah bagi kesalahan sama, namun tempoh penjaranya dikurangkan kepada tiga bulan memandangkan dia sudah menjalani hukuman.



Lima lagi anggota FPI juga dikenakan hukuman penjara lapan bulan kerana menganjurkan perhimpunan.



Kira-kira 2,300 petugas keselamatan dikerah di sekitar pekarangan mahkamah bagi mengawal penyokong Rizieq yang membanjiri premis itu. Media tempatan melaporkan hampir 24 penyokong Rizieq ditahan pihak berkuasa.



Rizieq, yang pernah dipenjarakan sebelum ini, termasuk membabitkan siri serangan oleh anggota FPI pada perhimpunan 2008, mengaku tidak bersalah dan mengutarakan hasrat mengemukakan rayuan.



Ulama itu ditahan di Jakarta Disember lalu, selepas enam pengikut FPI mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di sebuah kawasan lebuh raya.



Polis menjelaskan mereka terpaksa membalas tembakan atas dasar mempertahan diri, namun FPI mempertikai alasan itu.



Rizieq melarikan diri ke Arab Saudi selepas polis menyenaraikannya sebagai suspek satu kes pornografi pada 2017. Dia tinggal di sana pelarian selama tiga tahun.



Namun, semua pertuduhan terhadapnya kemudian digugurkan.



Ketika Rizieq kembali ke Indonesia November tahun lalu, dia disambut puluhan ribu pengikut di Lapangan Terbang Jakarta.



Pihak berkuasa berkata majlis sambutan itu melanggar protokol kesihatan yang dikenakan pemerintah untuk membendung penularan jangkitan Covid-19. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >