Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Langit di wilayah Jambi, Indonesia tukar merah setelah jerebu tapis pancaran matahari

Sep 23, 2019 | 03:37 PM



 



JAMBI - Langit bertukar merah di wilayah Indonesia, Jambi semalam (22 September) akibat jerebu, yang disebabkan oleh kebakaran hutan yang meluas, yang telah merebak ke tahap atas atmosfera, lapor Sinar Harian.



Ahli astronomi Indonesia, Encik Marufin Sudibyo menjelaskan bahawa langit tidak bertukar merah akibat suhu yang melonjak.



“Rayleigh Scattering berlaku apabila pancaran matahari tersebar oleh asap, habuk atau zarah udara yang menapis gelombang panjang yang lebih pendek dan melepaskan gelombang panjang yang panjang yang berada di dalam spektrum jingga atau merah, membuat kawasan itu kelihatan malap atau merah,” katanya.



Encik Marufin juga menambah bahawa dalam situasi Jambi, ketumpatan mikro dan nano zarah dalam udara cukup besar untuk membuatnya lebih tebal daripada atmosfera biasa.



Namun, beliau menekankan bahawa fenomena ini tiada kesan mudarat terhadap penglihatan manusia. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >