KLANG: Pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Encik Azmin Ali, sebagai Menteri Besar yang baru menunjukkan bahawa 'Langkah Kajang' Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah gagal, kata para pengamat semalam.
Ini kerana muslihat politik rumit itu sebenarnya ialah menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan memastikan musuh politiknya, iaitu Encik Azmin Ali, tidak mendapat jawatan tertinggi dalam negeri paling kaya tersebut.