Langkah kekangan penularan Covid-19 di Malaysia
Di bawah Perintah Kawalan Pergerakan 18 - 31 Mac 2020
1. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara
-
Warga Malaysia yang kerja di Singapura juga tidak dibenarkan berulang-alik ke Singapura sepanjang tempoh perintah dikenakan
-
Kerajaan Malaysia nasihatkan mereka maklumkan kepada majikan masing-masing
2. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke Malaysia
-
Kerajaan Malaysia nasihatkan mereka yang telah merancang bercuti di negara itu untuk tidak teruskan percutian mereka
-
Orang ramai dilarang pergi ke mana-mana tempat termasuk pusat peranginan bagi aktiviti sosial dan sekiranya kunjungan tersebut tidak melibatkan perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan penting negara
-
Mereka digalak berbincang dengan pihak hotel bagi pengembalian wang sekiranya pembayaran sudah dibuat