HANOI: Polis marin Vietnam sedang menyoal siasat lapan warga asing yang disyaki terlibat dalam kejadian rampasan kapal tangki MT Orkim Harmony.
Lelaki yang tidak bersenjata itu mendarat di Pulau Tho Chu, di bahagian barat daya Vietnam dengan sebuah bot kelmarin, dan mengatakan "mereka terlibat dalam kemalangan di laut," kata Major Jeneral Ngo Ngoc Thu, timbalan komander Polis Marin Vietnam.