Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lapan mati di New York setelah trak merempuh laluan basikal dalam satu kes pengganasan, pemandu ditangkap

Nov 01, 2017 | 08:15 AM



NEW YORK (REUTERS, NYT) - Sebuah trak kecil merempuh sebuah laluan basikal berdekatan Hudson River di Manhattan, New York hingga menyebabkan kematian lapan orang dan mencederakan sedozen mangsa yang lain tengahari semalam dalam apa yang disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai satu serangan pengganasan.



Suspek dikenali sebagai Sayfullo Saipov, 29 tahun, merempuh sebuah bas sekolah, keluar dari traknya dan berlari sambil mengibarkan senjatanya dan memekik 'Allahu Akbar' sebelum dia ditembak oleh polis di bahagian perut. Dia berada dalam keadaan kritikal.



Nota berbahasa Arab ditemui berdekatan traknya yang menunjukkan suspek mempunyai kaitan dengan ISIS.



Seorang jurucakap di Jabatan Keselamatan Amerika menyatakan kejadian itu merupakan satu tindakan pengganasan.



"Pemandu itu memasuki laluan basikal di Lower Manhattan sekitar jam 3.05 petang,'' kata Pesuruhjaya Polis New York, Encik James O'Neill, dalam satu sidang akhbar.



Dua kanak-kanak dan dua orang dewasa cedera setelah trak itu merempuh bas sekolah, tambahnya.



Daripada lapan orang yang mati, enam meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia di hospital.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >