Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lapan pekerja Thai maut terhidu bahan kimia menarik keluar oksigen

Mar 14, 2016 | 04:58 PM



BANGKOK: Kecuaian pekerja penyenggara yang bertugas di ibu pejabat Siam Commercial Bank telah menyebabkan lapan maut manakala tujuh lagi cedera dalam satu tragedi menyayat hati.



Kejadian berlaku semasa para pekerja ini melakukan kerja-kerja menaik taraf sistem keselamatan kebakaran di bahagian bawah bangunan tersebut pada 9.30 malam semalam (13 Mac) tetapi secara tidak sengaja telah melepaskan bahan kimia pemadam api ke dalam bangunan itu.



Bahan kimia itu, Pyrogen, telah menyedut oksigen daripada keadaan sekitaran.



Bank berkenaan menyatakan mereka yang mati ialah seorang pengawal keselamatan dan tujuh pekerja kontraktor.



Lima mangsa mati di tempat kejadian manakala tiga lagi mati di hospital dengan punca kematian adalah akibat kekurangan oksigen.



Tujuh lagi mangsa yang cedera juga berkaitan masalah lemas dan masalah pernafasan sedang dirawat dengan empat daripadanya kririkal. - Bangkok Post, Harian Metro




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >