Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lapan suspek disyaki pengganas ditahan di M'sia

Nov 17, 2018 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Polis Malaysia menangkap lapan suspek anggota militan, termasuk seorang lelaki Filipina daripada kumpulan pengganas Abu Sayyaf (ASG) yang bertanggungjawab merekrut kanak-kanak untuk digunakan sebagai "perisai manusia" dalam pertempuran terhadap pihak berkuasa.



Suspek - tujuh warga Filipina dan seorang rakyat Malaysia - ditangkap di Putrajaya dan Sabah dari 30 Oktober hingga 12 November, menurut satu kenyataan polis yang dikeluarkan semalam, lapor akhbar The Straits Times.



Lelaki Filipina itu turut memainkan peranan dalam tindakan memenggal kepala beberapa tebusan yang diculik oleh kumpulan Abu Sayyaf, kata Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.



"Kanak-kanak itu... adalah untuk digunakan sebagai perisai manusia semasa pertempuran melawan tentera Filipina di Basilan, selatan Filipina," kata Tan Sri Fuzi dalam kenyataan itu.



Lelaki Filipina anggota Abu Sayyaf itu, yang berusia 35 tahun, ditangkap di Ranau, Sabah, pada 8 November, bersama seorang rakan sebayanya. Mereka merancang melarikan diri ke selatan Filipina bagi mengelakkan penangkapan oleh pihak berkuasa Malaysia ketika mereka ditangkap.



Terdahulu pada 3 November, polis menangkap di Tenom, Sabah, tiga anggota Filipina daripada ASG - kumpulan yang terkenal kerana kegiatan penculikan untuk mendapatkan wang tebusan di selatan Filipina dan Sabah.



Tiga lelaki itu berusia antara 27 dan 51 tahun dan bekerja sebagai buruh.



"Seorang daripada mereka, 34 tahun, mempunyai kepakaran menghasilkan senjata api untuk digunakan oleh ASG," kata Tan Sri Fuzi.



Seorang lagi warga Filipina, tukang besi berusia 30 tahun, ditangkap di Kinarut, Sabah, pada 10 November. Dia orang kanan pemimpin ASG Furuji Indama, kata Tan Sri Fuzi.



Dua hari kemudian, seorang warga Filipina berusia 60 tahun juga ditangkap di Tenom, Sabah, kerana didakwa melindungi seorang suspek yang diburu oleh polis.



Suspek warga Malaysia itu, 38 tahun, bekerja sebagai ejen menjual keping emas, ditangkap di Putrajaya pada 30 Oktober kerana didakwa terlibat dalam kegiatan pengganasan.



"Dia terlibat dalam menyalurkan dana kepada Akel Zainal - seorang rakyat Malaysia yang menyertai Daesh (ISIS) - pada 2017 untuk tujuan membiayai kegiatan pengganasan," kata Tan Sri Fuzi.



Malaysia menangkap hampir 400 orang sejak 2013 kerana disyaki ada hubungan dengan pengganasan.



Negara itu menghadapi ancaman daripada penyokong ISIS yang menjadi radikal secara sendiri di dalam negara, dan kumpulan militan serantau yang mencari pembiayaan dan perlindungan di Asia Tenggara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >