Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lapan warga Indonesia maut, 20 hilang lepas bot karam di Johor

Jul 25, 2016 | 11:39 AM



KUALA LUMPUR: Pengawal pantai Malaysia berkata pada Isnin (25 Julai) mereka telah menemui lapan mayat selepas sebuah bot karam di luar Johor pada hujung minggu lalu, dengan 20 yang lain dipercayai hilang.

Media tempatan melaporkan bot membawa 62 orang - semua rakyat Indonesia dan dianggap sebagai pendatang haram - itu dipukul ombak kuat lewat Sabtu malam lalu.

Setakat ini, 34 penumpang berjaya diselamatkan dan operasi mencari yang lain sedang berjalan, kata seorang pegawai pengawal pantai.

"Saya tidak dapat menyelamatkannya walaupun dia sedang duduk di atas riba saya pada masa kejadian itu," ujar seorang lelaki yang diselamatkan, yang kehilangan isterinya yang hamil, menurut akhbar The Star.

"Ia seolah-olah satu mimpi ngeri dahsyat," ujarnya.

Mangsa yang diselamatkan telah diserah kepada Jabatan Imigresen negeri.

Akhbar tersebut memetik seorang pegawai Jabatan Imigresen sebagai berkata rakyat Indonesia itu dipercayai sedang pulang ke negara mereka.

Pegawai itu menambah mereka yang diselamatkan, dan tidak mempunyai dokumen perjalanan, akan dihantar pulang dan kes itu sedang disiasat.

Pada awal tahun ini, mayat 18 warga Indonesia ditemui selepas sebuah bot karam di laut bergelora di luar Johor. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >