Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lapangan terbang Bali dibuka semula

Nov 29, 2017 | 04:42 PM



DENPASAR: Lapangan terbang antarabangsa Bali dibuka semula petang tadi, hampir tiga hari selepas ia ditutup disebabkan letusan Gunung Agung, sedang abu dari gunung berapi itu bertukar arah, kata pihak berkuasa lapangan terbang Indonesia.



Keputusan amat ditunggu-tunggu itu membuka harapan bagi lebih 120,000 pelancong yang terkandas apabila peningkatan kegiatan di gunung berapi itu membuat ratusan penerbangan dibatalkan sejak Isnin lalu.



Bagaimanapun, pegawai lapangan terbang mengingatkan bahawa satu-satunya pintu masuk antarabangsa langsung ke pulau peranginan itu boleh ditutup lagi jika angin berubah arah dan asap dan abu yang menjulang tinggi menimbulkan risiko penerbangan.



"Ruang udara akan dibuka semula" pada 3 petang waktu tempatan, jurucakap Lapangan Terbang Ngurah Rai, Encik Arie Ahsanurrohim.



Tetapi "kami akan sentiasa mengawasi keadaan di lapangan", katanya.



Abu gunung berapi berbahaya bagi pesawat kerana ia membuat landasan licin dan boleh disedut masuk ke dalam enjin pesawat.



Gunung Agung boleh meletus besar pada bila-bila masa, pegawai telah memberi amaran sebelum ini.



Beribu-ribu orang telah meninggalkan dari rumah mereka di sekitar gunung berapi itu, yang terakhir meletus pada 1963, membunuh kira-kira 1,600 orang.



Namun, masih ada seramai 100,000 yang mungkin terpaksa dipaksa pundah, kata pegawai agensi bencana. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >