Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Laporan: Korea S, Amerika mungkin umum hentikan latihan ketenteraan bersama minggu ini

Jun 17, 2018 | 03:16 PM



SEOUL  - Korea Selatan dan Amerika Syarikat dijangka mengumumkan menggantung  latihan tentera "besar-besaran" minggu ini, dengan peruntukan bahawa mereka akan menyambung semula sekiranya Korea Utara gagal menunaikan janji melucutkan senjata nuklear, menurut agensi berita Yonhap pada Ahad.



Memetik sumber pemerintah yang tidak dinamakan, agensi berita Korea Selatan berkata penggantungan itu mungkin akan memberi kesan kepada latihan besar bersama, bukan latihan ketenteraan rutin.



Presiden Amerika Donald Trump mengejutkan pegawai di Seoul dan Washington apabila beliau  berjanji akan mengakhiri "latihan perang" selepas sidang puncaknya dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un di Singapura minggu lalu. Sejurus selepas pengumuman itu, angkatan tentera Amerika di Korea berkata mereka tidak mendapat panduan  menghentikan latihan, dan pegawai-pegawai Korea Selatan mengatakan mereka cuba mengagak latihan mana yang dirujuk Trump.



Bagaimanapun, membayangkan Seoul mungkin terbuka menggantung latihan, Presiden Korea Selatan Moon Jae In berkata pada Khamis pemerintahnya perlu fleksibel apabila mengenakan tekanan tentera ke Korea Utara jika ia ikhlas mahu melucutkan senjata nuklear. -- Reuters



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >