KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad telah menyerahkan nama 15 anggota Kabinet tambahan kepada Yang DiPertuan Agung Malaysia, menurut sumber laman berita Malaysiakini yang dilaporkan The Straits Time 22 Jun.
Senarai itu diserahkan pada Rabu, kata sumber itu.
"Sejumlah 28 menteri, merangkumi dua dari Sabah dan dua Sarawak. Ia termasuk Timbalan menteri dan nama senator yang mungkin dilantik," katanya kepada Malaysiakini.
Bilangan timbalan menteri dan calon senator tidak dinyatakan.
Seseorang bukan Anggota Parlimen boleh dilantik sebagai anggota Kabinet jika beliau diangkat sebagai Senator.
Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran mengesahkan kepada Malaysiakini pada Jumaat (22 Jun) bahawa nama-nama itu telah dihantar kepada Yang DiPertuan Agung.
Menurutnya, pelantikanitu mungkin berlaku dalam beberapa hari ini.
Kabinet baru akan dianggotai 29 orang termasuk Perdana Menteri, berbanding 35 anggota semasa di bawah kepimpinan mantan PM Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan, dan timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Ehwal Dalam Negeri.
Kabinet lama juga mempunyai 33 timbalan menteri.
Kabinet Tun Mahathir mengangkat sumpah pada 21 Mei, 13 hari selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum. -- The Straits Times