Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Larangan import bahan tenaga Russia: EU kekal berbelah bagi

Mar 23, 2022 | 05:30 AM



BRUSSELS: Negara-Negara Kesatuan Eropah (EU) kekal terbahagi kelmarin berhubung larangan import bahan tenaga Russia, sedang seorang pegawai kanan dari kesatuan itu berkata "satu jenayah perang yang besar" telah dijalankan Russia di bandar Mariupol.



Bagaimanapun mesyuarat menteri-menteri luar dan pertahanan di Brussels, Belgium, telah memberi lampu hijau bagi menggandakan pakej kewangan untuk pemerolehan senjata untuk Ukraine kepada 1 bilion Euro ($1.5 bilion).



Perikatan EU dan Barat telah melaksanakan pelbagai sekatan yang menjejas teruk ekonomi Russia sedang mereka cuba menghukum Presiden Putin kerana menyerang negara jirannya itu.



Bagaimanapun kuasa besar ekonomi Eropah, Jerman, dan beberapa negara yang lain masih bergantung kepada minyak Russia - keberatan untuk menyasarkan sektor utama Russia.



"Hari ini bukan hari untuk membuat keputusan dalam bidang ini, jadi tiada keputusan diambil," kata ketua dasar ehwal luar EU, Encik Josep Borrell.



"Apa yang kami lakukan adalah untuk memastikan kita ada tindak balas berkesan yang tidak membawa kos kerugian yang sukar ditanggung negara-negara anggota," katanya lagi.



Di mesyuarat itu juga, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) memberi amaran kepada Russia bahawa penggunaan senjata kimia dalam perang di Ukraine melanggar undang-undang antarabangsa.



Setiausaha Agungnya, Encik Jens Stoltenberg, memberi amaran penggunaan senjata kejam itu secara terang-terangan melanggar kedua-dua undang-undang antarabangsa dan larangan senjata kimia.



"Kita tahu bahawa Russia menggunakan senjata kimia di Eropah sebelum ini untuk menentang seteru politik mereka sendiri selain menyokong rejim Bashar al-Assad di Syria di mana senjata kimia turut digunakan.



"Justeru, Nato perlu menghalang konflik berdarah lagi ngeri ini (di Ukraine) daripada berkembang menjadi perang skala penuh antara Nato dan Russia yang berisiko membabitkan Amerika Syarikat (AS) secara langsung," katanya.



Kenyataan itu dikeluarkan selepas Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Linda Thomas-Greenfield, memberitahu stesen penyiaran CNN bahawa AS akan bertindak balas secara agresif sekiranya Russia menggunakan senjata kimia ke atas Ukraine.



"Kami bimbang sekiranya Moscow menggunakan senjata kimia di Ukraine. Kami ingin menegaskan bahawa jika Russia benar-benar mengambil langkah itu, kami akan melancarkan tindak balas agresif ke atas mereka (Russia)," tegas beliau. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >