Trump tertekan

Larangan perjalanan: Iraq, Penduduk Tetap AS dikecuali

WASHINGTON: Presiden Donald Trump semalam menandatangani larangan perjalanan yang disemak semula ke atas enam negara majoriti Islam, menarik semula arahan dengan mengecualikan rakyat Iraq dan Penduduk Tetap Amerika Syarikat.

Selepas sekatan kontroversi beliau dihalang beberapa mahkamah persekutuan, Encik Trump menandatangani arahan membekukan visa baru kepada rakyat Syria, Iran, Libya, Somalia, Yaman dan Sudan.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan