PONTIAN (Johor): Para pelanggan di sebuah kedai kopi dan rumah tumpangan di Kukup, Johor, bergegas keluar dari premis itu apabila bahagian siling dan tiang bangunan tersebut retak dan mulai pecah.
Mereka menyangka satu kejadian gempa bumi telah berlaku dan lintang-pukang cuba menyelamatkan diri dengan keluar dari premis yang terletak di Lorong Zamrud 3, bersebelahan terminal bas Kukup, itu kira-kira 9 pagi kelmarin.