Latheefa Koya letak jawatan ketua badan antirasuah
Mar 07, 2020 | 05:30 AM
KUALA LUMPUR: Cik Latheefa Koya meletak jawatan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pegawai kanan kedua yang dilantik di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, susulan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan.
Keputusan itu disampaikan dalam surat kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2 Mac - hanya sehari selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-8 diikuti pertemuannya dengan Perdana Menteri itu kelmarin.