Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Latihan bersama AS, Korea Selatan cetus kemarahan Korea Utara

May 25, 2023 | 06:24 PM



SEOUL – Amerika Syarikat dan Korea Selatan akan memulakan latihan menembak dengan peluru betul -- latiahn terbesar pernah diadakan -- berhampiran sempadan Korea Utara yang dijangka akan bertindak balas terhadap kedua-dua negara yang disifatkannya sebagai “gila perang.”

Latihan itu bermula Khamis, diadakan sekitar 40 kilometer dari sempadan dan akan berjalan hingga 15 Jun. Ia dijangka melibatkan senjata canggih dan dron, bagi membolehkan kedua-dua negara membuat persiapan dengan lebih baik dalam menghadapi provokasi Korea Utara, kata tentera Korea Selatan.

Latihan itu juga mempamerkan kekuatan Korea Selatan dan Amerika, yang merayakan ulang tahun ke-70 kerjasama antara kedua-dua negara yang dimeterai semasa Perang Korea.

Kerjasama selanjutnya dijangka diadakan selepas Presiden Korea Selatan, Encik Yoon Suk-yeol, dan Presiden Joe Biden bersetuju pada April untuk meneruskan rancangan Amerika mengirim kelengkapan nuklear, termasuk kapal selam, ke rantau itu dan memberi Seoul kebebasan menentukan bagaimana Amerika akan menggunakan senjata nuklearnya.

Encik Yoon, yang mula memegang jawatan setahun lalu, berusaha mengadakan semula latihan dengan Amerika itu, yang telah digantung atau ditangguhkan oleh pemimpin sebelum beliau, EncikMoon Jae-in, dan mantan presiden, Encik Donald Trump, kerana cuba berunding dengan Pyongyang.

Encik Trump dan Presiden Kim Jong Un Usaha tiga kali bertemu tetapi tiada sebarang langkah konkrit dicapai untuk mengurangkan persenjataan atom, malah bertambah apabila rundingan-rundingan terbantut.

Selepas beberapa kali melancarkan roketnya sejak awal 2023, rejim Korea Utara itu tidak lagi melancarkan peluru berpandu balistiknya sejak sebulan lalu.

Tetapi pelancaran terakhirnya cukup membayangkan rancangan negara itu, menguji peluru berpandu balistik antara benua yang pertama menggunakan bahan api (ICBM), yang direka untuk meluncurkan induk nuklear hingga ke Amerika.

Korea Utara telah melancarkan pelbagai peluru berpandu balistik baru yang menggunakan bahan api sejak beberapa tahun lalu, yang direka untuk menyerang Korea Selatan dan Jepun. Kedua-dua negara itu menempatkan sebilangan kakitangan ketenteraan Amerika bagi rantau tersebut. - Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >