Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Laungan reformasi bergema di pejabat Anwar

Nov 24, 2022 | 02:25 PM



PETALING JAYA: Laungan reformasi bergema di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Gasing, di sini, selepas Istana Negara mengumumkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10.



Beberapa pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berada di pejabat itu sejak beberapa jam lalu dilihat berpelukan dan meraikan berita berkenaan dengan melaungkan reformasi, yang menjadi slogan keramat Datuk Anwar sejak lebih 20 tahun lalu.



Antara pemimpin parti yang berada di situ termasuklah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli; Naib Ketua Wanita PKR, Sangetha Jayakumar, Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari dan bekas Naib Presiden PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, lapor Berita Harian Malaysia.



Terdahulu, Istana Negara dalam satu kenyataan selepas selesai Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu mengumumkan Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan melantik Datuk Anwar sebagai Perdana Menteri yang baru.



Presiden PKR itu dijadualkan mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri pada jam 5 petang di Istana Negara, hari ini.



Sementara itu, Tunku Nashrul Tunku Abaidah, Setiausaha Akhbar kepada Datuk Anwar, memberitahu pihaknya akan memaklumkan pergerakan Datuk Anwar dari semasa ke semasa kepada media.



Ketika ini, Datuk Anwar berada di kediamannya di Kajang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >