Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lawatan Canselor Scholz tanda minat Jerman di rantau ini: PM Lee

Nov 15, 2022 | 05:30 AM



LAWATAN rasmi Canselor Jerman, Encik Olaf Scholz, ke Singapura semalam termasuk China dan Vietnam sebelum ini, mengesahkan minat Jerman terhadap rantau ini, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



"Ia mencerminkan minat mendalam Jerman terhadap rantau ini dan saya amat gembira berpeluang dapat bersamanya hari ini untuk bertukar-tukar pandangan tentang trend sedunia dan pembangunan di rantau ini," kata Encik Lee di sidang akhbar bersama di Istana petang semalam.



"Hubungan ekonomi kami kekal kukuh meskipun semasa pandemik. Jerman merupakan rakan dagangan utama Singapura dalam Kesatuan Eropah dan merupakan salah satu pelabur asing terpenting negara ini".



Dalam pertemuan mereka, kededua pemimpin bersetuju memperdalam kerjasama sedia ada, seperti bidang perdagangan, pelaburan dan pertahanan, dan pada masa sama mendorong kerjasama dalam bidang baru seperti tenaga yang boleh diperbaharui dan tindakan iklim.



Hubungan ekonomi yang baik antara kedua-dua negara juga menyaksikan Encik Scholz membawa bersamanya delegasi perniagaan peringkat tinggi ke negara ini, selain Jerman mempunyai lebih 2,100 syarikat di sini.



Singapura tahun ini menjadi tuan rumah Persidangan Asia-Pasifik ke-17 bagi Perniagaan Jerman (APK) minggu ini.



Encik Scholz turut bertemu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, di sisi persidangan itu semalam.



Tema APK kali ini - Diversifikasi dan Kemampanan - yang menurut Encik Lee benar-benar memenuhi tuntutan serantau.



"Semasa Covid-19, Jerman merupakan antara negara awal kita mengadakan laluan perjalanan yang divaksinasi. Kami bekerja rapat dalam mendukung kepenggunaan vaksin secara berbilang hala," katanya dan melahirkan rasa gembira dengan langkah syarikat pengeluar vaksin, BioNTech, yang berpangkalan di Mainz, Jerman, bakal membuka hab serantau pertamanya di Singapura.



Dalam kunjungan sulung sebagai pemimpin negara, Encik Scholz turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Halimah Yacob dan diraikan Encik Lee dalam satu majlis jamuan malam.



Sebagai menghargai lawatannya ini, Singapura menghadiahkan sejenis orkid hibrid, Renanthera Olaf Scholz, kepada Encik Scholz.



Kedua-dua pemimpin turut mengalu-alukan penandatanganan Rangka Kerja untuk Kemampanan dan Inovasi (FSI) Jerman-Singapura antara Naib Canselor Jerman merangkap Menteri Ehwal Ekonomi dan Tindakan Iklim, Encik Robert Habeck, dan Menteri Pengangkutan merangkap Hubungan Perdagangan, Encik S Iswaran.



Perjanjian ini membuka jalan bagi kerjasama dan perhubungan ekonomi dalam sektor seperti teknologi mobiliti dan kehijauan.



Encik Olaf hari ini berada di Bali, Indonesia, bagi menghadiri Sidang Puncak Kumpulan G20 - melibatkan 19 negara dan Kesatuan Eropah dengan ekonomi terbesar dunia - yang dihoskan Indonesia.



LAPORAN SELANJUTNYA: Lawatan Scholz perkukuh hubungan S'pura-Jerman




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >