Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lawatan muhibah perbaharui kerjasama S'pura-M'sia untuk perbaiki kehidupan sosio agama masyarakat Islam dua negara: Masagos

Feb 05, 2022 | 07:27 PM



JALINAN kerjasama antara Singapura dengan Malaysia dalam memperkukuh pentadbiran ehwal masyarakat Islam adalah antara isu perbincangan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, ketika bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia, Senator Idris Ahmad.



Mencatat tentang pertemuan yang merupakan antara aturcara lawatan kerjanya ke Kuala Lumpur di Facebook pada Sabtu (5 Februari), Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, berkata:



"Saya berkongsi bersama beliau (Senator Idris) tentang bagaimana sinergi antara Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Mendaki dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) merupakan jentera yang memacu pembangunan serta kemajuan masyarakat Melayu/Islam ke arah visi Masyarakat Gemilang kita.



"Kami berbincang tentang bagaimana Singapura dan Malaysia boleh terus bekerjasama dalam memperkukuh pentadbiran ehwal masyarakat Islam.



"Saya gembira untuk berkongsi bahawa Menteri Idris dan saya sebulat suara untuk memperbaharui kerjasama dalam beberapa bidang utama yang boleh memperbaiki kehidupan sosio agama masyarakat Islam di Malaysia dan Singapura."



Encik Masagos yang selamat pulang ke Singapura pada pagi Sabtu turut gembira dapat menyambung silaturahim bersama Menteri Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.



"Kami sudah kenal satu sama lain sejak sekian lama ketika kedua-dua kami memangku jawatan di Kementerian Ehwal Luar masing-masing dahulu dan sejak itu kami sering berkongsi khabar serta perkembangan terkini," tambahnya.



Menurutnya lagi, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man telah menjamunya dan delegasi Singapura untuk makan malam.



"Sebenarnya kami sering membincangkan pelbagai isu secara maya sebelum ini, tetapi saya gembira sekali dapat berbincang secara berdepan mata malam tadi.



"Rancak kami berbincang tentang pelbagai ehwal negara masing-masing dan juga perkembangan dunia," jelasnya.



Encik Masagos menambah, sepanjang lawatannya itu, dua perkara muncul sebagai tunjang perbincangan dengan rakan-rakan di Malaysia.



"Pertama, kami akur bahawa Singapura dan Malaysia adalah jiran dengan pertalian yang cukup erat dan sangat dihargai sejak sekian lama.



"Kedua, kami setuju bahawa dengan bekerjasama secara rapat, kedua-dua negara mampu untuk maju dan makmur apabila pandemik Covid-19 berakhir kelak.



"Dengan penyambungan semula perjalanan VTL, saya yakin kita boleh bersama-sama melangkah maju ke hadapan.



"Setinggi-tinggi penghargaan saya buat rakan-rakan di Malaysia yang telah memberikan saya dan delegasi Singapura sambutan yang begitu baik dan mesra sepanjang kunjungan kami.



"Saya telah menjemput mereka untuk bertandang ke Singapura dan mengalu-alukan kehadiran mereka ke sini suatu hari nanti," jelasnya lagi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >