Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 10 orang asli di Kelantan didakwa maut dek penyakit misteri

Jun 11, 2019 | 05:30 AM



GUA MUSANG: Masyarakat orang asli di Kampung Kuala Koh di sini menderita penyakit misteri yang meragut nyawa.



Sepanjang bulan Ramadan lalu, seramai 13 penduduk orang asli suku kaum Bateq di sini termasuk seorang kanak-kanak berusia satu tahun didakwa meninggal dunia akibat penyakit misteri tersebut.



Terbaru, satu lagi kematian dilaporkan membabitkan seorang penduduk wanita berusia 22 tahun.



Penduduk orang asli di Kampung Kuala Koh kini hidup dalam kebimbangan apabila seorang demi seorang saudara mereka meninggal dunia dan mereka seolah-olah 'menunggu masa kematian'.



Mereka mendakwa kematian itu berpunca daripada sumber air tandak yang digunakan untuk aktiviti harian.



Penghulu Kampung Kuala Koh, Encik Mamat Pokok, ketika ditemui berkata seramai 30 penduduk dibawa ke Klinik Kesihatan Aring 1 dan Chiku 03.



Katanya, seramai 14 penduduk telah dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) dan tiga lagi yang agak kritikal telah dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK).



"Sejak awal Ramadan lalu, penduduk mula diserang penyakit. Kami syak ia berpunca daripada sumber air tandak yang tercemar.



"Kampung ini ada 223 penduduk dan 57 ketua isi rumah. Bagaimanapun, lebih separuh daripada kami kini sedang bertarung nyawa.



"Sumber air tandak kami tercemar dengan sisa perlombongan bijih besi yang telah beroperasi sejak empat tahun lalu," katanya.



Katanya, awal Ramadan lalu hanya beberapa penduduk dijangkiti penyakit itu, namun seminggu kemudian bilangannya bertambah.



"Kami berharap pihak berwajib membantu dan datang ke kampung kami untuk menyiasat perkara berkenaan," katanya.



Terdahulu, kira-kira 120 penduduk kampung sama membabitkan 30 keluarga diserang penyakit misteri apabila kulit mereka bersisik, bernanah dan berkudis sejak beberapa bulan lalu.



Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kerajaan memandang serius isu kematian dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan.



Beliau berkata dakwaan bahawa kematian melibatkan suku kaum Bateq itu disebabkan pencemaran kolam sumber air akan disiasat dengan teliti.



Pihak berkuasa, katanya, akan melihat kegiatan perlombongan dan pembalakan di sekitar kawasan itu untuk memastikan segala prosedur berkaitan alam sekitar dipatuhi.



"Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat jika mendapati kematian disebabkan oleh pencemaran sumber air Orang Asli," katanya dalam kenyataan,



Kementerian Air, Tanah, dan Sumber Asli (KATS) akan melakukan siasatan menyeluruh dan terperinci berhubung dakwaan berlaku pencemaran serius di Kampung Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan.



Timbalan Menterinya, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, berkata terdapat laporan yang mendakwa aliran air sungai telah disekat oleh pelombong dan pembalak yang mendapat kebenaran untuk melakukan aktiviti di kawasan terbabit.



"Buat masa ini saya tidak mahu mendahului sebarang siasatan daripada jabatan dan agensi lain tetapi apa yang boleh saya katakan mungkin masalah air tercemar daripada bahan perlombongan di kawasan ini.



"Saya difahamkan pembalak dan pelombong telah menutup aliran sungai dan saya bimbang terdapat kemungkinan sisa perlombongan ini masuk ke dalam sungai," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.



Kerajaan negeri menyangkal dakwaan mengatakan wujud aktiviti perlombongan di kawasan Kuala Koh, Gua Musang sekali gus menjadi penyebab kepada kematian misteri orang asli di kawasan itu.



Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, berkata kerajaan negeri kini sedang menunggu maklumat lengkap daripada agensi yang terlibat untuk mengenal pasti isu tersebut dengan lebih lanjut.



"Setakat ini, jabatan kesihatan juga berkata ia berpunca daripada pneumonia iaitu 'airborn disease' atau penyakit berkaitan dengan udara. Udara tiada kaitan dengan air. Kalau kita kata melombong, mungkin ia terlibat dengan pencemaran sungai dan sebagainya.



"Buat masa sekarang ini laporan awal mengatakan ia berkaitan dengan kesukaran untuk bernafas, ia berkaitan udara. Kalau nak kaitkan dengan perlombongan memang terlalu awallah, kenyataan itu tidak bertanggungjawablah," katanya kepada media.



Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak pasti jika wujud perlombongan haram di kawasan tersebut dan masih menunggu laporan Pejabat Tanah dan Galian. - Agensi berita.



"Buat masa sekarang ini laporan awal mengatakan ia berkaitan dengan kesukaran untuk bernafas, ia berkaitan udara. Kalau nak kaitkan dengan perlombongan memang terlalu awallah, kenyataan itu tidak bertanggungjawablah."
- Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >