LAGOS: Pengeboman kereta berkembar di tengah Nigeria semalam membunuh sekurang-kurangnya 118 orang dan meruntuhkan beberapa bangunan.
Presiden Nigeria, Encik Goodluck Jonathan, dengan pantas mengutuk serangan di tengah bandar Jos itu, lalu berkata ia "serangan tragik terhadap kebebasan manusia" dan mengutuk mereka yang melakukan serangan itu sebagai "kejam dan jahat".