Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Dunia

Lebih 1,000 mangsa banjir di M’sia dipindah ke pusat perlindungan

Oct 26, 2019 | 04:46 PM

KUALA LUMPUR - Hujan lebat di pantai barat Malaysia telah memaksa lebih 1,000 penduduk dari lima negeri untuk mencari tempat perlindungan di pusat perlindungan yang disediakan oleh kerajaan, kata agensi berita Bernama pada Sabtu (26 Oktober).

Hujan lebat yang melanda Malaysia sejak beberapa minggu lalu telah membanjiri jalan raya dan mengakibatkan pokok tumbang di bandar utama Kuala Lumpur dan di sekitar Lembah Klang.

Mangsa banjir adalah dari Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Penang, menurut Bernama.

Pusat perlindungan yang disediakan termasuk ruang komuniti dan sekolah, serta dewan masjid besar.

Musim hujan yang melanda Malaysia pada akhir tahun biasanya turut menyebabkan banjir di negeri pantai timur Semenanjung Malaysia juga.
 

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian